Bahasa pencilan, secara mutlak, merupakan sebuah
bahasa semula jadi yang tidak mempunyai sebarang bukti terhadap hubungan
genealoginya dengan bahasa-
bahasa hidup yang lain, iaitu ia tidak dibuktikan berketurunan daripada sebuah bahasa leluhur yang sama dengan sebarang bahasa yang lain. Dengan kata yang lain lagi, ia tergolong dalam keluarga-
keluarga bahasa yang hanya mempunyai sebuah bahasa tunggal. Contoh-contoh yang biasa disebut termasuk
bahasa Basque,
bahasa Ainu,
bahasa Burushaski, dan
bahasa Korea walaupun dalam setiap kes, ada segelintir
ahli bahasa yang menuntut bahawa bahasa-bahasa itu mempunyai hubungan dengan lagi sebuah bahasa yang lain (sila lihat keluarga bahasa
Dene-Kaukasia,
Karasuk, dan
Altaik untuk contohnya).Jika konteksnya diberikan, sebuah bahasa pencilan boleh difahami sebagai sebuah bahasa yang "agak" terpencil. Umpamanya,
bahasa Albania,
bahasa Armenia, dan
bahasa Greek biasanya dipanggil 'bahasa-bahasa pencilan Indo-Eropah'. Sedangkan bahasa-bahasa tersebut merupakan sebahagian keluarga bahasa Indo-Eropah, ia tidak tergolong dalam sebarang cabang mantap (seperti cabang
bahasa-bahasa Romawi,
Indo-Iran atau
Germanik) tetapi sebaliknya, membentuk cabang-cabang tersendiri. Bagaimanapun, tanpa konteks yang menerangkannya, "pencilan" akan difahami dari segi mutlaknya.Sesetengah bahasa telah menjadi bahasa pencilan pada zaman sejarah selepas kesemua bahasa saudaranya yang dikenali telah pupus.
Bahasa Pirahã dari
Brazil ialah salah satu contoh yang merupakan ahli keluarga bahasa
Mura terakhir yang masih wujud, manakala
bahasa Basque telah menjadi bahasa pencilan sejak dari masa kewujudannya didokumenkan. Keadaan bertentangan juga berlaku: Beberapa bahasa yang pada suatu ketika dianggap sebagai bahasa pencilan telah dikelaskan semula sebagai keluarga-keluarga bahasa yang kecil. Ini berlaku pada
bahasa Jepun apabila ia dicamkan bahawa sesetengah "
loghat"
Jepun, misalnya
bahasa Okinawa, merupakan bahasa-bahasa pada dirinya dan oleh itu, keluarga bahasa
Japonik telah dirumuskan.Bahasa-bahasa pencilan boleh dilihatkan sebagai kes khas untuk bahasa-
bahasa yang tak dikelaskan kerana usaha-usaha yang bersungguh-sungguh tidak membuahkan sebarang hasil. Jika akhirnya, usaha-usaha itu berjaya, bahasa yang dahulu dianggap sebagai sebuah bahasa pencilan tidak akan lagi dianggap sedemikian. Ini terjadi pada
bahasa Yanyuwa di
Australia utara yang kini dikelaskan ke dalam keluarga bahasa
Pama-Nyungan. Oleh sebab sesetengah ahli bahasa tidak selalu bersetuju tentang adakah sebuah hubungan
genetik telah dibuktikan, persoalan tentang adakah sebuah bahasa merupakan bahasa pencilan yang benar atau tidak selalu dipertikaikan.